ABU DHABI, 12 DIS – Max Verstappen menjadi pemandu Belanda pertama untuk memenangi kejuaraan dunia Formula Satu apabila dia memenangi perlumbaan terakhir di Grand Prix Abu Dhabi penuh dramatik, hari ini.
Pemandu Red Bull ini merangkul kemenangan ke-10 musim ini apabila dia mengambil kesempatan terhadap kereta keselamatan untuk memintas juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton pada pusingan terakhir setelah Nicholas Latifi terbabas.
Verstappen dan Hamilon, yang memulakan perlumbaan dengan berkongsi kedudukan mata, bersaing sengit sehingga ke penghujung perlumbaan dengan akhirnya pemandu Belanda itu berjaya memenangi perlumbaan.
Hamilton, yang memenangi tiga perlumbaan sebelum ini, membuat permulaan cemerlang apabila dia memintas Verstappen sebelum selekoh pertama.
Hamilton yang mendahului perlumbaan dan kemudian terancam apabila Red Bull menukar set tayar baharu.
Tindakan menukar tayar tersebut membuahkan hasil buat Verstappen yang bangkit untuk memenangi perlumbaan di Yas Marina.- AFP