Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Verstappen dominasi sesi latihan terakhir

    LE CASTELLET, PERANCIS, 24 JULAI – Juara dunia dan pendahulu Formula Satu, Max Verstappen berjaya mencatat masa terbaik untuk Red Bull mengatasi dua pemandu Ferrari dalam sesi latihan terakhir di Grand Prix Perancis.

    Memanfaatkan sepenuhnya aksi di laluan lurus, pemandu kelahiran Belanda berusia 24 tahun itu mencatat mata terbaik iaitu satu minit 32.272 saat untuk menewaskan Carlos Sainz dari pasukan Ferrari dengan perbezaan masa 00.3 saat.

    Sainz, yang merangkul kejayaan Formula Satu pertama di Grand Prix Britain awal bulan Julai, akan memulakan perlumbaan hari ini di petak belakang bersama-sama Jan Magnussen dari pasukan Haas.

    Charles Leclerc, yang merapatkan jurang dengan Verstappen dalam saingan kejuaraan kepada 38 mata selepas memenangi Grand Prix Australia, mencatat masa ketiga terpantas.

    Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton berada di kedudukan keempat untuk pasukan Merceders di hadapan Sergio Perez yang bersama pasukan Red Bull dan George Russell dari Mercedes.

    Ia menunjukkan dominasi kepantasan Verstappen yang lebih pantas berbanding rakan sepasukannya dari Red Bull dalam perlumbaan yang berlangsung di selatan Perancis.

    Juara dunia dua kali, Fernando Alonso menduduki tangga ketujuh bersama pasukan Alpine di hadapan Alex Albon dari Williams, Lando Norris dari McLaren dan Yuki Tsunoda yang mewakili Alpha Tauri.

    Dua pemandu Jerman, iaitu Mick Schumacher dan juara dunia empat kali Sebastian Vettel mengharungi sesi latihan yang sukar dan masing-masing berada di kedudukan ke-19 dan 20 untuk pasukan Haas dan Aston Martin selepas hanya melengkapkan 12 dan 11 pusingan. – AFP

    Aksi Max Verstappen semasa sesi latihan di Grand Prix Perancis, baru-baru ini.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...