Verstappen, Hamilton tersingkir GP Itali

MONZA, ITALI, 12 SEPT – Max Verstappen dan Lewis Hamilton tersingkir dari Grand Prix Itali Formula Satu (F1) hari ini setelah kedua-dua jentera mereka bertembung di pertengahan perlumbaan.

Juara bertahan Hamilton dan pemimpin kejuaraan Verstappen berlanggar satu sama lain setelah Hamilton memasuki semula trek Monza dari lorong pit.

Pemandu Red Bull, Vertsappen cuba memintas Hamilton tetapi berakhir dengan roda belakangnya bergolek di bahagian atas kenderaan Mercedes saingannya, hampir mencederakan kepala Hamilton.

Kedua-dua pemandu keluar dari kenderaan dan terpaksa mengundurkan diri dari perlumbaan, yang diharapkan oleh Hamilton untuk mencatat kemenangan Grand Prix ke-100. – AFP