Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Verstappen juara Grand Prix Belgium

    SPA-FRANCORCHAMPS, BELGIUM, 29 OGOS – Juara dunia Max Verstappen mengalahkan pesaingnya dengan persembahan yang mengagumkan di Grand Prix Belgium, kelmarin, untuk mengorak langkah kejuaraan kedua berturut-turut ketika Red Bull meraikan kemenangan di tempat pertama dan kedua bersama Sergio Perez yang menamatkan perlumbaan dengan jarak masa yang hampir.

    Pemandu Belanda berusia 24 tahun itu, yang memulakan perlumbaan di tempat ke-14 membuktikan tentangan yang hebat dalam pencapaiannya dan keunggulan bersama pasukan Red Bull.

    “Ia merupakan hujung minggu yang tidak dapat saya bayangkan sebelum ini,” kata Verstappen, yang mendahului 93 mata daripada Perez dalam kedudukan pemandu.

    Kata Perez, “Max sedang terbang, dia berada di planet lain. Dia tidak boleh dikalahkan. Verstappen kini telah memenangi sembilan daripada 14 perlumbaan musim ini.

    Ini merupakan kemenangan ke-29 sepanjang kerjayanya dan melengkapkan kemenangan hatrik musim panas di Eropah.

    Di hadapan ramai penonton yang memenuhi litar Spa-Francorchamps yang menakjubkan, termasuk penyokong dari Belanda, Verstappen menamatkan perlumbaan dengan perbezaan masa 17.841 saat di depan manakala Carlos Sainz menduduki tempat ketiga untuk Ferrari.

    Charles Leclers dari pasukan Ferrari, pencabar terdekat Versta-ppen, bergelut selepas memulakan perlumbaan di tempat ke-15.

    Dia dikenakan penalti lima saat kerana memandu laju di kawasan pitlane dan terpaksa bergelut melepasi pelumba Alpine Fernando Alonso pada pusingan terakhir untuk merampas tempat kelima, di belakang pelumba Mercedes George Russell.

    Lewis Hamilton terkeluar pada pusingan pertama perlumbaan selepas berlanggar dengan Alonso. – AFP

    Verstappen meraikan kemenangan di Grand Prix Formula Satu di Belgium. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...