Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    Verstappen lakar kemenangan Grand Prix Belanda

    ZANDVOORT, BELANDA, 5 SEPT – Max Verstappen berdiri di atas keretanya untuk memberi tepukan ketika 100,000 Tentera Jingga yang kuat mengerumuni wira negara mereka dalam lautan warna kegemaran mereka selepas dia memenangi Grand Prix Belanda pada Ahad.

    Kemenangan kedua berturut-turut di litar Zandvoort di tepi laut dan juga kemenangan keempat berturut-turut buat kali pertama dalam kerjayanya dan kemenangan ke-30 keseluruhan, 109 mata pendahuluan dengan hanya tinggal tujuh perlumbaan. Gelombang jingga itu membawanya ke gelaran dunia kedua berturut-turut.

    “Senang melihat orang yang ramai dan kegilaan mereka, saya sangat menghargainya. Ini adalah hujung minggu yang sangat istimewa buat saya. Ia luar biasa,” kata Verstappen.

    Kini nampaknya timbul persoalan bila, bukannya jika, pemandu Red Bull itu melakar gelaran dan jika dia boleh mengalahkan rekod F1 Sebastian Vettel dengan 13 kemenangan dalam semusim dari 2013 yang juga dicapai bersama Red Bull. Verstappen telah memenangi 10 perlumbaan musim ini setakat ini.

    Juara tujuh kali F1 Lewis Hamilton tidak pernah memenangi lebih daripada 11 dalam satu kempen. – AP

    Aksi Max Verstappen memandu keretanya semasa perlumbaan Grand Prix Belanda Formula Satu, di litar lumba Zandvoort, di Zandvoort, Belanda pada 4 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    New Zealand larang guna telefon bimbit di sekolah

    WELLINGTON, 1 DIS – Telefon bimbit akan dilarang di sekolah-sekolah di seluruh New Zealand, kata Perdana Menteri konservatif Christopher Luxon hari ini, ketika kerajaannya...