Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Verstappen lanjut kontrak Red Bull

    LONDON, 3 MAC – Juara dunia Max Verstappen telah menandatangani kontrak lanjutan lima tahun dengan Red Bull, umum pasukan Formula Satu (F1) hari ini.

    Perjanjian itu, dilaporkan bernilai AS$54 juta untuk satu musim, akan mengekalkan pemandu Belanda itu dalam pasukan sehingga akhir 2028.

    Kontrak pemandu berusia 24 tahun itu dijangka mansuh pada akhir musim depan tetapi dia telah diberi ganjaran kerana menewaskan juara tujuh kali Lewis Hamilton untuk memenangi gelaran tersebut.

    Red Bull berkata dalam kenyataan mereka pelanjutan lima tahun adalah ‘sebagai tambahan kepada perjanjian asal yang merangkumi musim 2023.’

    “Saya benar-benar seronok menjadi sebahagian daripada pasukan Perlumbaan Red Bull, maka memilih untuk kekal sehingga musim 2028 merupakan satu keputusan yang senang,” kata Verstappen, yang akan mula mempertahankan kejohanannya pada akhir bulan ini dalam perlumbaan Grand Prix Bahrain.

    “Saya suka pasukan ini dan tahun lalu sungguh menakjubkan. Matlamat kami sejak kami bergabung pada 2016 adalah memenangi kejohanan dan kami berjaya melakukannya, maka sekarang ia akan mengenai mengekalkan kedudukan nombor satu dalam jangka panjang.”

    Ketua pasukan Christian Horner berkata: “Untuk melihat Max menandatangani kontrak dengan Oracle Red Bull Racing sehingga akhir 2028 merupakan satu cita-cita sebenar.

    “Fokus kami sekarang adalah mengekalkan gelaran kejohanan dunia Max, tetapi perjanjian ini juga menunjukkan dia membentuk sebahagian daripada perancangan jangka panjang pasukan.” Verstappen, anak bekas pemandu F1 Jos Verstappen, memenangi kejuaraan dunia pertamanya dalam keadaan dramatik pada musim akhir Disember di Grand Prix Abu Dhabi. – AFP

    Gambar fail Max Verstappen bergambar di podium selepas perlumbaan Grand Prix Arab Saudi di Litar Corniche Jeddah di Jeddah. Verstappen telah menandatangani kontrak lanjutan dengan Red Bull kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...