Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Verstappen menang acara pecut

    SPIELBERG, AUSTRIA, 10 JULAI — Max Verstappen tidak mengalami sebarang masalah apabila dia memenangi acara pecut dari petak pertama di Grand Prix Austria. Usahanya bertambah mudah apabila pemandu Ferrari, Charles Leclerc dan Carlos Sainz Jr saling bersaing di belakangnya.

    Kedua orang pelumba Ferrari itu hampir bertembung dengan ketegangan bermula dari GP British pada Ahad lalu di mana Leclerc tidak berpuas hati dengan keputusan pasukan dan Sainz dinobatkan sebagai juara.

    Keputusan daripada kedudukan pecut itu akan menetapkan litar pemandu bagi grand prix hari ini. Dengan mendapat tempat pertama, Verstappen akan bermula di hadapan ketika dia menyasarkan bagi kemenangan kelima di trek rumah pasukan Formula Satu di Spielberg. Dalam pada itu, Verstappen turut berpendapat bahawa keretanya masih kurang kelajuan.

    Sementara itu, Leclerc tidak menyalahkan pihak Ferrari berikutan perlumbaan di Silverstone di mana dia keliru dengan keputusan ketua pasukan, Mattia Binotto yang mengarahkannya untuk mendapatkan kedudukan trek daripada menukar kepada tayar yang lebih laju. Kekeliruan yang sama berlaku semasa di Monaco apabila dia mendahului perlumbaan namun diarahkan oleh Ferrari untuk menukar tayar baharu sekali gus menyebabkan dia ketinggalan di tempat keempat. – AP

    Reaksi Max Verstappen melambai kepada peminat selepas memenangi kelayakan pecut di litar perlumbaan Red Bull Ring di Spielberg, Austria kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...