Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Verstappen raih kemenangan sulung di Montreal

    MONTREAL, 20 JUN – Juara dunia Max Verstappen mengukuhkan kedudukan di puncak Formula Satu (F1) musim ini selepas memenangi Grand Prix Kanada, kelmarin.

    Pemandu berusia 24 tahun dari Belanda itu menguasai perlumbaan tersebut dari posisi petak pertama dengan tiga kereta keselamatan (safety car) dan berjaya mengatasi asakan lewat daripada pemandu Ferrari, Carloz Sainz untuk menang dengan kelebihan di bawah satu saat.

    Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton, mengesahkan pada Jumaat lalu bahawa keretanya mengalami kerosakan, berjaya menduduki tempat ketiga untuk pasukan Mercedez untuk penamat podium keduanya musim ini manakala rakan sepasukannya, George Russell menduduki tempat keempat.

    Kemenangan tersebut adalah kejayaan pertama Verstappen di Kanada dalam penampilan kerjayanya ke-150, kemenangan keenam pada tahun ini dan ke-26 dalam kerjayanya, sekali gus melebarkan jurang kepada 46 mata dalam saingan kejuaraan.

    “Saya memberikan segalanya,” kata Verstappen. “Begitu juga Carlos, dia mengasak, mengejar, mengasak, mengejar. Biasanya lebih senang mengejar dengan DRS! Saya berseronok dengan perlumbaan hari ini,” tambahnya.

    Sementara itu, Sainz mengatakan bahawa mereka lebih cepat, pantas dalam semua perlumbaan tetapi ia begitu sukar untuk mendahului di litar tersebut. “Saya gembira dengan rentak perlumbaan dan tekanan yang kami berikan kepada Max,” katanya.

    Hamilton, dengan rekod juara tujuh kali di Montreal, diberikan sorakan oleh penonton – dengan jumlah pada hujung minggu mencecah 338,000 orang. Hamilton mengatakan bahawa dia berasa kecewa kerana menduduki tempat ketiga.

    “Perlumbaan amat sengit tetapi kami tidak menyerah kalah, dengan sokongan yang diberikan oleh kru pasukan.”

    Sementara itu, pemandu Ferrari, Charles Leclerc yang bermula dari petak belakang selepas menerima penalti kerana menggunakan enjin baharu, menamatkan perlumbaan di tempat kelima di depan Esteban Ocon dari Alpine. – AFP

    Max Verstappen meraikan kemenangannya di podium bersama trofi selepas menjuarai perlumbaan Grand Prix Formula Satu Kanada di Litar Gilles Villeneuvem, Montreal, Quebec. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...