Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Verstappen tawan Grand Prix Sepanyol

    MONTMELÓ, SEPANYOL – Max Verstappen memanfaatkan nasib malang Charles Leclerc untuk meraih kemenangan ketiga berturut-turut musim ini dalam Grand Prix Sepanyol kelmarin dan mengungguli tempat teratas dalam kedudukan pemandu Formula One.

    Sergio Perez pula menduduki tempat kedua untuk Red Bull 1-2 di litar Montmelo, di belakang juara dunia itu.

    Leclerc dalam kedudukan selesa di hadapan dari petak pertama hingga pusingan ke-23 apabila Ferrari miliknya kehilangan kuasa secara tiba-tiba.

    Lelaki dari Monaco itu tiba di Catalonia dengan 19 mata di hadapan dalam perebutan kejuaraan, tetapi meninggalkannya enam mata di belakang Verstappen menjelang perlumbaan di laman sendiri hujung minggu depan.

    Pada pusingan awal, Verstappen terpaksa mengawal kenderaanya dari terkeluar litar dan masuk ke dalam hadangan kerikil kerana tiupan angin disebabkan oleh beberapa masalah teknikal.

    Di sisi lain, Mercedes menunjukkan prestasi yang lebih baik selepas permulaan musim yang sukar dengan George Russell menduduki tempat ketiga.

    Pemandu Mercedes yang lain, Lewis Hamilton pula mendapat tempat kelima selepas permulaan pusingan yang buruk dengan tayar yang pancit memaksa beliau untuk memasuki hentian pit. – AFP

    Pemandu Red Bull, Max Verstappen, meraikan kejayaannya di podium selepas memenangi Grand Prix Formula One Sepanyol kelmarin. -AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...