Verstappen ungguli litar Silverstone

SILVERSTONE, 10 OGOS – Max Verstappen mengukuhkan kembali kedudukannya sebagai pemandu juara selepas dia meraih kemenangan teknikal buat Red Bull di Ulang tahun ke-70 Grand Prix.

Pilihan strategik yang bijak oleh ketua jurutera strategi, Hannah Schmitz, untuk memulakan perlumbaan dengan tayar yang mempunyai kompaun yang keras, sementara kebanyakan pesaingnya menggunakan tayar medium, tetapi keberanian dan kepantasan pemandu dari Belanda turut memainkan peranan untuk memenangi perlumbaan.

“Max hanya bersantai di awal perlumbaan, kami telah membuat mereka dilindungi hari ini,” kata ketua pasukan, Christian Horner.

“Apa sahaja yang mereka lakukan, apabila mereka berhenti, mereka tidak dapat mengheretnya – Max mampu untuk melindungi mereka.”

Sementara itu, hari tersebut dikenang oleh pelumba berusia 22 tahun dengan pemergian ayahnya, Jos, ketika pemandu dari Belanda memulakan kebanyakan perlumbaan Formula Satu dam mengesahkan dirinya sebagai pemandu Belanda yang paling berjaya.

Manakala Jos membuat 106 permulaan dari 107 perlumbaan Grand Prix, Max kini memulakan 107 dari 107 dan, dengan sembilan kemenangan serta 35 podium, satu-satunya pemandu dari Belanda pernah mencatatnya. – AFP

Reaksi Max Verstappen menjulang trofi selepas menjuarai Ulang tahun ke-70 Grand Prix di Silverstone.- AP