Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Veteran FBI dipenjara

    WASHINGTON, 19 Okt – Bekas ejen FBI, yang membocorkan dokumen rahsia dalam memerangi keganasan telah dihukum empat tahun penjara kelmarin.

    Dalam kes ketiga minggu ini, menandakan tindakan keras pentadbiran Trump dalam menangani pembocoran media, Terry Albury, seorang veteran FBI selama 17 tahun dan anak lelaki kepada pelarian Etiopia, dijatuhi hukuman penjara 48 bulan oleh hakim Minnesto selepas mengaku bersalah dalam kes itu.

    “Kami sedang menjalankan kemungkinan kempen paling agresif ke atas pembocoran dari jabatan-jabatan,” kata Peguam Negara Jeff Sessions dalam satu kenyataan.

    “Jenayah seperti yang dilakukan oleh defendan dalam kes ini tidak akan ditoleransi dan tiada tolak-ansur, mereka akan didakwa dan dihukum seberat-beratnya.”

    Albury merupakan seorang ejen khas FBI di pejabat Minneapolis pada tahun 2016 dan 2017, ketika dia membocorkan dokumen rahsia agensi tersebut.

    Dokumen yang dibocorkan itu menyatakan bahawa agensi boleh menggunakan profil agama dan kaum bagi menjalankan siasatan, melonggarkan peraturan untuk menangani kumpulan-kumpulan aktivitis dan membuat risikan ke atas wartawan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda