Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Veteran perang terkejut peluru bersarang di leher

    BEIJING, 18 NOV – Veteran perang China berusia 95 tahun baru-baru ini terkejut apabila mendapati peluru bersarang di lehernya selama berdekad-dekad.

    Menurut laporan Oddity Central, lelaki itu, Zhao He hanya menyedari peluru itu ada dalam lehernya selepas terjatuh dari balkoni di rumahnya di Shandong, China. Peluru itu dikesan selepas doktor mengesyorkan imbasan sinar X untuk memastikan dia tidak mengalami kecederaan selepas jatuh dari balkoni.

    Menurut Zhao, selama ini dia tidak mengalami kesakitan, namun hanya berasa tidak selesa di lehernya baru-baru ini.

    Zhao menyertai tentera China ketika remaja dan berjuang dalam dua peperangan menentang pencerobohan Jepun semasa Perang Dunia ke-2 (1931-1945) dan di pihak Korea Utara semasa Perang Korea (1950-1953).

    Dia mengalami beberapa kecederaan semasa berada dalam tentera, tetapi dia tidak ingat apa-apa mengenai tembakan di leher. – Agensi

    Gambar imbasan sinar X menunjukkan peluru di leher Zhao. –Agensi

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...