Vettel anggap jadual padat ‘tidak realistik’

PARIS, 17 APRIL – Juara dunia empat kali, Sebastian Vettel hari ini mengingatkan agar tidak terlalu berharap bagi perlumbaan Formula Satu yang terlalu padat ke dalam kalender yang telah disemak semula, menyifatkan langkah tersebut sebagai ‘tidak realistik’.

Sebanyak 22 kejohanan Formula Satu telah terhenti akibat penularan wabak koronavirus dengan sembilan perlumbaan sama ada dibatalkan atau ditunda.

Grand Prix Perancis yang dijadualkan pada 28 Jun turut berada dalam keadaan samar dengan Grand Prix Belgium dijadualkan pada 30 Ogos.

Ketua-ketua F1 mengemukakan idea untuk menebus masa yang telah hilang dengan mengadakan perlumbaan pada hujung minggu berturut-turut atau mengadakan dua perlumbaan pada hujung minggu yang sama.

Akan tetapi, bintang Ferarri Vettel risau langkah sedemikian akan menyebabkan keletihan kepada kakitangan pasukan.

“Kami sebagai pemandu mempunyai sedikit keistimewaan,”Vettel memberitahu wartawan melalui telekonferensi dari rumahnya di Switzerland.

“Sudah tentu, perlumbaan adalah memenatkan tetapi ia harus mempunyai batasan bagi kakitangan. Mereka mesti berehat.

“Kita mesti turut melihat jika ia adalah mudah untuk memindahkan waktu perlumbaan, jika litar tidak digunakan. Banyak persoalan akan muncul. Saya rasa jadual akan menjadi lebih sibuk, tetapi 10 hujung minggu berturut-turut adalah tidak realistik.” – AFP

Sebastian Vettel menyifatkan kalender perlumbaan Formula Satu yang terlalu padat sebagai ‘tidak realistik’. – AP