Vettel sasar ‘tundukkan’ Hamilton

SINGAPURA, 12 Sept – Sebastian Vettel semakin tertekan untuk memintas kejayaan Lewis Hamilton di Grand Prix Singapura hujung minggu ini dalam usahanya untuk melupakan kekalahan tahun lalu dalam perlawanan baharu itu.

Mercedes sering kali bergelut untuk mencapai kejayaan di Litar Marina Bay, tetapi pada tahun 2017, Hamilton meraih kejayaan selepas berjuang menewaskan Ferrari yang berada di tempat kedua dan Max Verstappen dari Red Bull di tempat ketiga.

Ferrari dan Vettel masih kelihatan gah selepas Hamilton menang di Monza Itali 10 hari yang lalu, walaupun pasukan Marinello mengetepikan barisan hadapan semasa perlawanan grand prix mereka.

Pusingan pertama Vettel selepas berbaik semula dengan Hamilton membolehkan pelumba Inggeris itu meneruskan kejayaannya untuk terus berada dalam kedudukan pendahulu denga meraih 30 mata dan pemandu Jerman itu berikrar untuk bangkit kembali di Singapura, di mana dia setakat ini mencatatkan rekod kemenangan sebanyak empat kali.

“Pastinya, sekarang ini saya merasa kecewa,” kata Vettel selepas perlumbaan. “Tetapi saya akan menebus kembali kekalahan dan memberi tumpuan kepada perlumbaan di Singapura kerana saya suka tempat itu dan saya gembira berada di sana.”

Gambar fail pada 30 Ogos 2018 menunjukkan Vettel bersama rakan sepasukannya, Kimi Raikkonen dari Finland semasa sidang akhbar di litar Monza, di Monza, Itali. – AP

Bos pasukan Mercedes, Toto Wolff memperingatkan minggu ini bahawa Ferrari dan Red Bull akan mempunyai kelebihan berbanding Mercedes di litar perlumbaan itu. Tetapi dengan ramalan cuaca hujan pada minggu ini, apa-apa sahaja boleh berlaku.

“Singapura mempunyai ciri-ciri kesukaran yang pernah kami hadapi pada masa lalu,” kata Wolff.

Vettel berkata beliau tidak bimbang tentang jurang dengan Hamilton yang semakin meningkat hingga 30 mata dalam tujuh perlumbaan.

“Saya fikir kita mempunyai rentak,” kata juara dunia empat kali itu. – AFP