Penyanyi Spice Girls, Victoria Beckham dikenali sebagai selebriti yang mengamalkan diet yang ketat, dan turut mengelakkan diri dari memakan makanan tradisional. Isteri kepada pemain bola sepak terkenal, David Beckham mendedahkan bahawa beliau menyukai roti gandum bakar yang ditabur dengan garam.
“Saya suka roti gandum bakar dengan garam di atasnya. Karbohidrat itulah yang membuat anda berasa selesa dan saya suka garam,” jelas Victoria.
Selebriti berusia 47 tahun ini turut memberitahu bahawa beliau sering memakan sayur-sayuran walaupun dia akan keluar untuk makan malam.
“Di kebanyakan restoran, saya mungkin mimpi buruk mereka. Saya suka sayur-sayuran kukus, sedikit cuka balsamic, dan kemudian perasakan sendiri,” dedah Victoria lagi.
Beliau menambah, sangat gemar dengan makanan yang dimasak dengan cara yang sangat ringkas.
“Saya suka makanan dimasak dengan cara yang sangat ringkas. Saya tidak suka minyak atau mentega atau sos,” kongsinya. Victoria turut men-dedahkan bahawa beliau tidak akan memakan daging merah, walaupun suaminya, Beckham dan empat orang anak mereka memakannya.
“Bahkan Gordon Ramsay, kawan baik kami, mengatakan bahawa dia tidak pernah melihat orang lain berdisiplin mengenai cara mereka makan.
“Saya bukanlah pemakan yang menarik tetapi saya suka minum dengan makan malam dan saya boleh menjadi tetamu makan malam yang sangat baik,” katanya. – Agensi