Victoria hantar bungkusan kepada Adele

Pereka fesyen terkenal Victoria Beckham menghadiahkan satu bungkusan hadiah pakaian jenama miliknya iaitu Posh kepada penyanyi terkenal Adele selepas mengetahui wanita itu kehilangan berat badan hampir 19 kilogram.

Memetik laporan The Sun, Victoria, 45, lama memendam hasrat untuk melihat Adele menggayakan rekaannya tetapi tidak meneruskan niat itu kerana saiz terakhir Posh ialah saiz XL.  Menurut Victoria, dia tidak mahu memalukan penyanyi kegemarannya jika saiz pakaian yang dihantar tidak muat. “Memandangkan saya peminat tegar Adele, sudah pasti saya teringin nak tengok dia memakai salah satu rekaan saya. Saya ambil keputusan untuk tidak menghantar apa-apa jenis pakaian kepada dia sebelum ini kerana saiz terakhir Posh ialah saiz XL. Walaupun Adele tak pernah menyatakan saiz pakaiannya, tapi saya tidak mahu memalukan penyanyi kegemaran saya jika mengetahui saiz pakaian yang dihantar tidak muat,” katanya.

Isteri kepada bekas pemain bola sepak, David Beckham ini begitu terdesak untuk mendapatkan penyanyi lagu Someone Like You itu memakai rekaannya. Dalam pada itu, Victoria turut menjadikan Adele sebagai tetamu terpenting Posh. “Saya nak Adele dapatkan koleksi saya secara percuma secepat mungkin kerana saya tahu rekaan saya terbaik untuknya,” ujarnya. – Agensi

Victoria, 45, lama memendam hasrat untuk melihat Adele menggayakan rekaannya tetapi tidak meneruskan niat itu kerana saiz terakhir Posh ialah saiz XL. – Agensi