Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Victoria STS buat pemindahan LNG kapal ke kapal

    LABUAN, 12 OKT – Victoria STS (Labuan) Sdn Bhd yang berpangkalan di Labuan sedang melaksanakan pemindahan gas asli cecair (LNG) dari kapal ke kapal (STS) yang pertama dijalankan dalam had pelabuhan Labuan di Teluk Victoria hari ini.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Benjamin Bernard Bijion berkata operasi pemindahan LNG STS yang signifikan itu dijangka selesai pada petang esok.

    “Kami telah berjaya melabuhkan kedua-dua kapal sebelah-menyebelah hari ini tanpa sebarang masalah kepada kakitangan atau impak alam sekitar,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Victoria STS telah memperoleh kontrak bagi mengendalikan operasi pemindahan LNG STS di enam dermaga yang diluluskan dengan kedalaman air selamat sehingga 30 meter, yang terletak bersebelahan taman marin Pulau Kuraman.

    Pemindahan LNG STS itu disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Ismaidi Ismail, Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Labuan SK Tan serta pegawai kastam Labuan.

    Operasi STS dijalankan dengan kerjasama Fendercare Marine (Asia Pacific) Pte Ltd, susulan pemeteraian perjanjian pada Disember tahun lepas untuk menyediakan perkhidmatan STS di Had Pelabuhan Victoria Bay di Labuan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 ditahan lepaskan tembakan ke rumah bintang Bollywood

    AHMEDABAD, 16 APRIL – Dua anggota kumpulan penjenayah terkenal ditahan polis India hari ini kerana melepaskan tembakan ke arah rumah pelakon Bollywood, Salman Khan...