Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Victoria trauma jika Beckham tinggalkannya buat selama-lamanya

    Bekas anggota kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham meluahkan kebimbangan terhadap rumah tangganya bersama bintang bola sepak, David Beckham.

    Victoria berkata dia trauma jika ditinggalkan David selepas anak lelaki mereka, Brooklyn memulakan kehidupan baharu jauh dari London selepas berkahwin dengan Nicola Peltz.

    Penyanyi dan pereka fesyen itu bimbang David akan menjadi orang seterusnya yang meninggalkan dirinya suatu hari nanti.

    “Saya bimbang sekiranya David akan pergi meninggalkan saya memandangkan kami masing-masing sudah berusia,” katanya.

    Mengetahui kebimbangan isterinya itu, David dikatakan memberi layanan istimewa kepada Victoria agar kebimbangan itu tidak menghantui dirinya.

    “Saya melihat betapa kecewanya Victoria dengan apa yang berlaku selepas Brooklyn berkahwin. Dia benar-benar sayangkan anak sulung kami itu.

    “Selepas Brooklyn berkahwin saya lebih memberikan perhatian kepadanya agar dia tidak rasa kecewa atau kesunyian,” ujarnya.

    Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Brooklyn Joseph, Romeo James, Cruz David dan Harper Seven. – Agensi

    Sejak anak berkahwin, Victoria trauma jika David Beckham meninggalkannya buat selama-lamanya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...