Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Victoria’s Secret bayar pampasan AS$8.3 juta kepada pekerja dipecat

    BANGKOK, 29 MEI – Lebih 1,000 pekerja pakaian dalam Thailand untuk sebuah kilang membekalkan pakaian dalam firma gergasi Victoria’s Secret yang dipecat, telah menerima pampasan bernilai AS$8.3 juta, kata aktivis hak asasi kemanusiaan buruh, kelmarin.

    Brilliant Alliance Thai menutup kilangnya di Samut Prakan pada Mac 2021 selepas muflis.
    Tetapi 1,250 pekerja – kebanyakannya telah bekerja di kilang itu selama lebih satu dekad – tidak menerima bayaran pemberhentian yang dimandatkan di bawah undang-undang Thailand.

    Kilang itu juga mengeluarkan seluar dalam untuk jenama Amerika bersaiz besar, Lane Bryant dan Torrid, yang dimiliki oleh Sycamore Partners, tetapi hanya Victoria’s Secret menyumbang kepada penyelesaian melalui perjanjian pinjaman dengan pemilik kilang.

    Victoria’s Secret dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa persetujuan telah dicapai, tetapi ia tidak menyatakan jumlah sebenar.

    “Selama beberapa bulan kami telah berkomunikasi secara aktif dengan pemilik kilang untuk memudahkan penyelesaian.

    “Kami kesal mereka akhirnya tidak dapat menyelesaikan perkara ini sendiri, jadi untuk memastikan pekerja menerima jumlah pemberhentian penuh, Victoria’s Secret bersetuju untuk memberi dana pemberhentian kepada pemilik kilang,” menurut kenyataan itu.

    Bekas pekerja Jitnawatcharee Panad yang bekerja selama 25 tahun di kilang itu berkata lebih dua pertiga pekerja yang dipecat adalah wanita berusia 45 ke atas. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...