Video muzik Zombie catat 1 bilion tontonan

Video muzik Zombie dendangan kumpulan rock alternatif dari Ireland, TheCranberries mencatatkan jumlah tonton 1 bilion di laman YouTube, Sabtu lalu.

Ia sekali gus melakar sejarah buat TheCranberries apabila Zombie menjadi lagu keenam mencatat rekod 1 bilion pada abad ke-20.

Ini juga video muzik pertama kumpulan Ireland yang mencapai rekod berkenaan. Zombie menjadi hits menerusi album No Need To Argue pada 1994.

Lima video muzik lain dari abad ke-20 yang mencatat rekod tontonan 1 bilion ialah Bohemian Rhapso dari Queen pada 1975, TakeOnMe, A-ha (1985), SweetChild O’ Mine, Guns N’ Roses (1987), SmellsLikeTeen Spirit, Nirvana (1991) dan November Rain, Guns N’ Roses (1992).

Menerusi laporan Newsweek.com, pemain dram, Fergal Lawler mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong TheCranberries menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook.

TheCranberries dan peminat mengadakan kempen untuk mencapai rekod itu, sejak beberapa bulan lalu.

“Kami teruja apabila lagu Zombie mencapai 1 bilion tontonan di YouTube.

“Terima kasih kepada peminat di seluruh dunia kerana masih menyokong kami selama bertahun-tahun. – Agensi

TheCranberries mencatatkan jumlah tonton 1 bilion di laman YouTube. – Agensi