Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Video pertengkaran Britney dengan anak terdedah

    Bekas suami dedah video pertengkaran Britney Spears dengan anak-anak, yang mengambil keputusan tak mahu berhubung dengannya lagi.

    Bekas suami Britney Spears iaitu Kevin Federline memuat naik video memperlihatkan penyanyi pop itu sedang bertikam lidah dengan dua anaknya.

    Minggu lalu, Kevin dalam temu bual bersama Daily Mail mendedahkan dua anak mereka iaitu Sean Preston, 16 dan Jayden, 15, mengambil keputusan untuk tidak berjumpa dengan ibu mereka buat masa ini.

    Sejak temu bual itu, Britney telah memuat naik beberapa kenyataan di Instagram memberitahu isu hubungan dengan anak-anaknya tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.

    Dalam satu hantaran yang sudah dipadam, Britney memberitahu dia berkecil hati apabila anak-anaknya enggan berkomunikasi dengannya apabila mereka datang melawatnya dan terus masuk ke bilik masing-masing.

    Penyanyi lagu Toxic itu mendedahkan Sean dan Jayden enggan melawatnya dengan lebih kerap pada musim panas dan sejak itu dia tidak lagi bertemu dengan anak-anaknya.

    Sebagai respons, Kevin mendedahkan tiga video di Instagram yang didakwa dirakam oleh anak-anaknya sendiri memperlihatkan mereka sedang bergaduh dengan Britney.

    “Saya tidak boleh duduk berdiam diri dan membiarkan anak-anak saya dituduh sebegitu selepas apa telah mereka lalui.

    “Meskipun ia menyakitkan, kami sepakat sebagai sebuah keluarga untuk memuat naik video ini yang diambil ketika mereka berusia 11 dan 12 tahun,” tulisnya. – Agensi

    Britney Spears semakin jarang menghabiskan masa bersama anak-anaknya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...