Video trio Bollywood ceriakan peminat

Peminat Bollywood meminati ulangtayang video lama di mana Amitabh Bachchan, Shah Rukh Khan dan Salman Khan (gambar bawah) menari bersama di atas pentas bagi lagu hits seperti Dekha Hai Pehli Baar dan Pag Ghungroo

Wabak ini telah membuat semua orang merasa risau dan tertekan. Lebih-lebih lagi, penggemar filem Bollywood di atas pemergian Irrfan Khan dan Rishi Kapoor.

Dengan adanya video lama Shah Rukh Khan, Amitabh Bachchan dan Salman Khan menyanyi dan menari di pentas yang sama kini telah menjadi tular.

Semua orang tersenyum melihat semangat dan tenaga trio yang sangat berbakat ini. Dalam video tersebut, dapat dilihat trio itu berpakaian hitam dan semuanya memakai cermin mata hitam. Malah kasut juga hampir sama. Video ini menarik dan menaikkan semangat dalam beberapa minit.

Dalam video tersebut, Salman Khan mula menyanyikan Dekha Hai Pehli Baar dan keduanya bergabung. Kemudian, Shah Rukh Khan menyanyikan Tujhe Dekha Toh Yeh Jaana Sanam. – Agensi