Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Video tular jadi imam buat Aliff Aziz segan

    Amalan berselawat sebanyak 1,000 kali sehari menjadi rahsia penyanyi Aliff Aziz mengatasi masalah gemuruh ketika berentap di pentas akhir Gegar Vaganza kelapan (GV8), baru-baru ini.

    Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 31, berkata, dengan amalan itu dia berasa lebih tenang dan yakin ketika membuat persembahan.

    “Sebenarnya ini adalah pesanan daripada kawan-kawan supaya amalkan selawat selalu.

    “Saya cuba habis selawat sebanyak 1,000 kali sehari, ini saya amalkan sebelum naik ke pentas.

    “Mungkin nampak susah, tetapi apabila selalu diamalkan ia akan jadi biasa,” cerita Aliff kepada wartawan.

    Aliff diumum juara GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad lalu dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.

    Selain itu, mengulas video tular memperlihatkan dia sedang mengimamkan solat di bilik persalinan sebelum konsert berlangsung, Aliff mengakui segan dan tidak mahu perkara itu mengganggu niat baiknya untuk berhijrah.

    “Saya rasa segan apabila video itu diperkatakan.

    “Benar ia satu benda yang positif, namun saya bimbang jika ia mengganggu niat baik.

    “Saya harapkan ia menjadi amal jariah yang boleh saya kongsikan kepada semua,” jelasnya.

    Bercerita tentang perancangan kerjaya seni, Aliff berkata, dia sudah bersedia dan tidak akan mensia-siakan peluang kedua yang diberikan kepadanya.

    Bagaimanapun, kata Aliff dia mahu manfaatkan peluang ini dengan menyebarkan kebaikan dan dakwah.- Agensi

    Walaupun video tular itu menunjukkan satu benda positif, namun Alif Aziz berkata dia risau jika ia mengganggu niat baiknya.- Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...