Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    Video tular pekerja mogok tidak benar

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP), Kementerian Pembangunan mengesahkan bahawa video tular di media sosial mengenai pekerja pembinaan mogok di tapak projek Perumahan Negara Kampung Lugu disebabkan tidak menerima gaji selama tiga bulan, adalah tidak sahih.

    JKP dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, menyatakan bahawa berdasarkan hasil penemuan jabatan berkenaan, tidak ada kelewatan pembayaran selama tiga bulan kepada pekerja pembinaan projek berkenaan.

    Pihak JKP akan sentiasa memastikan pembayaran kepada kontraktor dilaksanakan tepat pada masa selaras dengan kemajuan projek bagi memastikan projek berjalan dengan lancar dan seterusnya penyiapan pembinaan rumah seperti yang dirancang.

    Dalam hal itu, JKP menyeru orang ramai supaya tidak menularkan video berkenaan dan menyampaikan berita yang tidak tepat.

    Kerjasama orang ramai juga sangat-sangat dipohonkan untuk memberigakan berita yang datang daripada sumber yang rasmi sahaja.

    Jabatan mengingatkan bahawa menjadi satu kesalahan menyebarkan maklumat palsu di bawah Bab 34, Akta Ketenteraman Awam (Public Order Act), Penggal 148 bahawa sesiapa yang sama ada secara lisan, secara bertulis atau dengan apa jua cara lain, menyebarkan berita-berita palsu atau membuat kenyataan-kenyataan palsu adalah melakukan kesalahan dan boleh dijatuhkan hukuman dengan $3,000 dan penjara selama tiga tahun.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jentera pelancar udara Korea U jatuh ke Laut Kuning

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai ‘jentera pelancar angkasa lepas’ ke arah selatan hari ini, namun jatuh ke Laut...
    - Advertisment -