Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Video tular suami pancung isteri gemparkan Iran

    TEHRAN, 8 FEB – Sebuah video tular menunjukkan seorang lelaki mempamerkan kepala isterinya yang dipancung di sebatang jalan selepas mendapati isterinya curang, telah menggemparkan rakyat Iran hari ini.

    Polis mengesyaki Mona Heidari, 17, dibunuh oleh suami dan abang iparnya di bandar barat daya, Ahvaz, agensi berita Iran, ISNA melaporkan.

    Kelmarin, pegawai telah memberkas dua lelaki semasa ‘serbuan ke atas tempat persembunyian mereka,’ agensi berita IRNA melaporkan, memetik kenyataan polis tempatan.

    Kes itu menyebabkan naib presiden Iran bagi hal ehwal wanita, Ensieh Khazali menyeru parlimen ‘mengambil langkah segera’ mengenainya dan pihak berkuasa memupuk kesedaran bagi mencegah kes seumpamanya daripada berulang.

    Akhbar dan media sosial Iran menyaksikan ramai yang melahirkan kemarahan dan terkejut dengan pembunuhan itu dan menuntut reformasi sosial dan undang-undang dilaksanakan.

    “Seorang manusia dipancung, kepalanya dipamerkan di jalan dan pembunuhnya pula berbangga,” kata akhbar reformis, Sazandegi. Bagaimana kita boleh menerima tragedi seumpamanya? Kita mesti bertindak agar pembunuhan wanita tidak berlaku lagi.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...