Friday, August 19, 2022
30.5 C
Brunei

Video Vida mendapat sambutan di YouTube

-

LIRIK video I Am Me nyanyian jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang dilancarkan baru-baru ini berjaya mendapat lebih 100,000 tontonan Youtube sejak dimuat naik.

Malah, video lagu ciptaan Edry Abdul Halim ini kini menjadi ‘trending’ di laman perkongsian video popular itu.

Selain itu I Am Me juga menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Ramai yang berpendapat ia sesuai dengan imej Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman.

Menerusi laman Instagram, Vida turut muat naik video pertama kali membuat persembahan secara langsung baru-baru ini.

Netizen puji lirik lagu I Am Me sesuai dengan diri Vida yang dilihat sentiasa yakin.
Netizen puji lirik lagu I Am Me sesuai dengan diri Vida yang dilihat sentiasa yakin.

Rata-rata netizen suka melihat usahawan berjaya itu menari dan ada yang berkata lagu tersebut membantu mereka menghilangkan tekanan.

Seperti biasa, sudah pasti ada juga segelintir yang tidak suka dengan meninggalkan komen negatif. Namun menurut Vida, dia tidak pernah kisah dengan kritikan yang dilontarkan kepadanya.

“Apa saya kisah orang nak kritik atau tak suka. Yang penting, saya gembira dengan apa yang saya lakukan.

“Saya sentiasa berani mengambil risiko dan saya pasti siapa yang mendengar senang hafal lirik dan boleh turut nyanyi bersama,” kata Vida.

Muzik video penuh I Am Me secara rasmi dijangka boleh ditonton pada awal Ogos depan.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -