Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Vietnam akan bekal Apple Watch, MacBook buat kali pertama

    HANOI, 17 OGOS – Apple membuat perancangan untuk membuat Apple Watches dan MacBook di Vietnam buat kali pertama, ketika gergasi teknologi Amerika Syarikat itu berusaha untuk mempelbagaikan pengeluarannya di luar China, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA), memetik Nikkei Asia.

    Pembekal Apple Luxshare Precision Industry dan Foxconn telah memulakan pengeluaran percubaan Apple Watch di utara Vietnam dengan tujuan untuk mengeluarkan peranti itu di luar China.

    Mengenai pengeluaran MacBook, Apple telah meminta kilang pembekal untuk membuat pengeluaran percubaan di Vietnam.

    Bagai manapun, kemajuan dalam memindahkan pengeluaran secara besar-besaran ke negara itu bergerak perlahan, disebabkan oleh gangguan berkaitan pandemik.

    Vietnam menjadi hab pengeluaran paling penting untuk Apple di luar China, menghasilkan pelbagai produk perdana untuk syarikat Amerika itu, termasuk tablet iPad dan fon telinga (earphone) AirPods.

    Apple juga meneruskan pemindahan pengeluaran iPad ke Vietnam dalam usaha untuk mempelbagaikan pengeluarannya.

    Selain itu, kumpulan tersebut juga berbincang dengan pembekal untuk membuat pengeluaran percubaan pembesar suara pintar HomePodnya di Vietnam.

    Bilangan pembekal Apple dengan kemudahan di negara Asia Tenggara itu telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 22 syarikat daripada 14 syarikat pada 2018, menurut analisis Nikkei Asia mengenai senarai pembekal terkini Apple yang tersedia.

    Banyak pengeluar elektronik utama lain seperti Google, Dell dan Amazon juga memindahkan pengeluaran mereka ke negara itu untuk mempelbagaikan pengeluarannya di luar China. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...