Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam akan selamatkan 1,000 ekor beruang

    Beruang-beruang mencari buah-buahan dan makanan semasa waktu makan di Pusat Penyelamatan Beruang Vietnam berhampiran Taman Negara Tam Dao di wilayah Vinh Phuc, 70km dari utara Hanoi pada 19 Julai. – AFP

     

    HANOI, 19 Julai – Vietnam bersetuju hari ini untuk menyelamatkan lebih 1,000 ekor beruang dari ladang haram di seluruh negara, dalam satu langkah untuk menamatkan perdagangan perubatan tradisional dalam hempedu haiwan berkenaan.

    Walaupun penternakan hempedu sudah pun diharamkan di Vietnam, beruang-beruang masih lagi ditangkap dan dikurung di kemudahan haram yang mana hempedu mereka dikeluarkan menggunakan teknik invasif lagi menyakitkan.

    Pentadbiran Perhutanan Vietnam (VNFOREST) dan kumpulan bukan untung Animals Asia menandatangani perjanjian hari ini untuk menyelamatkan beruang-beruang yang ada dari penternakan itu, komited untuk menamatkan perdagangan hempedu dan menutup semua kemudahan dalam masa lima tahun.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda