HANOI, 27 Jun – Vietnam akan menganjurkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai ASEAN ke-27 dari 11 hingga 13 September tahun ini, dengan penyertaan lebih 800 pemimpin perniagaan, kerajaan, organisasi antarabangsa dan agensi media, kata Kementerian Luar pada Rabu.
Bertemakan “ASEAN 4.0: Keusahawanan dan Revolusi Perindustrian Keempat,” forum itu akan membincangkan dan mencari pendekatan baharu dalam tadbir urus serantau.
Menerusinya juga peserta akan berkongsi pengalaman dalam bidang sosial dan ekonomi, mentakrifkan model pembangunan baharu dan dinamisme bagi ekonomi ASEAN, lapor agensi berita Xinhua.
Forum juga akan menyediakan platform bagi membentuk dasar untuk membangunkan sistem infrastruktur pintar di rantau berkenaan. – Bernama

































