Vietnam antara negara paling banyak ditonton di TikTok

HANOI, 1 OKT – Vietnam menduduki tempat keenam dalam senarai 25 negara paling banyak ditonton di platform media sosial TikTok dengan 107 juta tontonan, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Sementara itu Jepun mendahului senarai dengan 461.2 juta tontonan, menurut kajian terbaru yang dibuat oleh syarikat pakaian berjenama, UK Superdry.

Rusia di tempat kedua dengan 246.6 juta tontonan diikuti Mexico sebanyak 215.3 juta. 

Sembilan negara Asia menduduki kedudukan 25 teratas, menyaksikan China di tempat kelima dengan 110.1 juta tontonan diikuti  Vietnam dan Thailand (95.1 juta), Indonesia (945.4 juta), Filipina (36.5 juta) dan Malaysia (27.6 juta). – Bernama