HANOI, 6 JUN – Gangguan bekalan elektrik di Vietnam selama berjam-jam telah menyebabkan kediaman dan pejabat menjadi gelap dan kilang-kilang terpaksa berhenti beroperasi secara tiba-tiba, menurut laporan media hari ini.
Electricity of Vietnam (EVN), pembekal bekalan elektrik negara itu, berulang kali mengingatkan pengguna untuk menjimatkan tenaga dengan mematikan peralatan dan menetapkan suhu penyaman udara tidak kurang daripada 26 darjah Celsius.
Kawasan industri, termasuk kemudahan Foxconn dan Samsung, dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik.
Kekurangan bekalan tenaga telah menjadi kejutan untuk pengeluar-pengeluar yang sebelum ini terjejas akibat kelembapan ekonomi.
Kerajaan turut menyeru penduduk dan para peniaga untuk menjimatkan tenaga, sementara negara itu mempercepatkan pengimportan elektrik dari negara-negara jura iaitu China dan Laos untuk menangani kekurangan bekalan tersebut.
Vietnam menyasarkan untuk menggandakan kapasiti penjanaan tenaganya kepada lebih 150 gigawatts menjelang 2030 dan meningkatkan saham dalam tenaga yang boleh diperbaharui untuk memaksimumkan tenaga. – Xinhua
