Friday, December 2, 2022
23.8 C
Brunei

-

Vietnam berjaya lakukan transplan kulit dari penderma mati otak

BANDARAYA HO CHI MINH, 21 NOV – Hospital Cho Ray di Bandaraya Ho Chi Minh menjadi hospital pertama di negara itu yang berjaya melakukan transplan kulit atau ‘grafts skin’ daripada penderma yang mati otak.

Penerima merupakan pesakit lelaki berusia 27 tahun “L.V.T” dari wilayah selatan Dong Thap yang mengalami 50 peratus lecur tahap ketiga di seluruh badan, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Hospital itu memaklumkan operasi itu dilakukan pada Khamis, dan pesakit itu dibenarkan keluar dari hospital selepas dua minggu.

Ini adalah kali pertama teknik itu berjaya dilakukan di Vietnam.

Pada 11 Oktober, Unit Penyelaras Pemindahan Organ Manusia di Hospital Cho Ray menerima maklumat bahawa ibu kepada pesakit lelaki, 38, yang dimasukkan ke hospital kerana pendarahan serebrum yang teruk dan otak mati, berhasrat menderma organ anaknya secara sukarela.

Pihak hospital telah menerima jantung, dua buah pinggang, dua kornea dan kulit serta organ-organ ini telah membantu enam pesakit. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

India sandang jawatan Presiden G20, Majlis Keselamatan PBB

NEW DELHI, 1 DIS – India menyandang jawatan presiden G20 dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mulai hari ini, lapor Sputnik. G20 ialah forum antara kerajaan...
- Advertisment -