HANOI, 17 JULAI – Vietnam akan mempertimbangkan untuk menaikkan tambang siling bagi laluan penerbangan domestik di tengah-tengah turun naik harga bahan api jet, berikutan lapan tahun ia tidak berubah, lapor media tempatan hari ini.
Harga siling untuk laluan dari 500 kilometer (km) hingga 850km akan meningkat daripada 2.2 juta kepada 2.25 juta dong Vietnam (AS$92.4 hingga AS$94.5), lapor akhbar tempatan,Vietnam News.
Sementara itu, tambang siling bagi laluan domestik di bawah 500km akan kekal tidak berubah pada 1.6 juta hingga 1.7 juta dong Vietnam (AS$67.7 hingga AS$71.9), kata akhbar itu.
Cadangan untuk menaikkan tambang siling itu dibangkitkan dalam konteks harga bahan api jet yang menyaksikan turun naik yang besar, lapor akhbar itu, memetik kementerian pengangkutan.
Tambang penerbangan siling dikekalkan pada paras rendah menghalang pertum-buhan sektor penerbangan, akhbar itu memetik pakar-pakar.
Menaikkan siling tambang penerbangan pastinya akan membantu syarikat-syarikat penerbangan memenuhi keperluan penumpang de-ngan lebih baik, terutamanya semasa tempoh puncak kerana syarikat penerbangan boleh mengimbangi kos penerbangan dua hala, kata Bui Doan Ne, setiausaha agung Persatuan Perniagaan Penerbangan Vietnam. – Xinhua
