Vietnam catat 11 hari tanpa COVID-19

HANOI, 27 APRIL – Setakat 6 pagi 27 April, tiada kes baharu COVID-19 dilaporkan di Vietnam, hari ke-11 berturut-turut, kata Jawatankuasa Pemandu untuk Pencegahan dan Pengawalan COVID-19.

Menurut agensi berita Vietnam (VNA) jumlah kes di negara ini kekal pada 270, dengan 225 pesakit pulih dan tiada kematian dicatatkan. Sebanyak 52,428 orang berada di bawah kuarantin di seluruh negara, termasuk di 323 hospital, 11,311 di kemudahan lain dan selebihnya di rumah. – Bernama