Vietnam catat 11,811 kes baharu COVID-19

HANOI, 24 NOV – Vietnam melaporkan sebanyak 11,811 kes baharu COVID-19 hari ini, termasuk 11,789 jangkitan tempatan dan 22 kes import, menurut Kementerian Kesihatan.

Jangkitan itu membawa jumlah keseluruhan jangkitan kepada 1,155,778 dengan 24,243 kematian, kata kementerian tersebut.

Hampir 113 juta dos vaksin COVID-19, termasuk lebih 45.1 juta dos kedua, telah diberikan, menurut kementerian tersebut.

Setakat hari ini, negara itu telah melaporkan lebih 1.1 juta jangkitan tempatan sejak permulaan gelombang pada lewat April, menurut kementerian. – Xinhua