Vietnam catat 66 lagi kes tempatan

HANOI, 10 JUN – Kementerian Kesihatan Vietnam melaporkan 70 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 12 jam  sehingga 6 pagi hari ini, termasuk 66 penularan tempatan dan tiga kes import, lapor agensi berita Vietnam (VNA). Kes tempatan itu dilaporkan di Bac Giang sebanyak 16 kes, Bac Ninh (23), Bandaraya Ho Chi Minh (26) dan Ha Tinh (satu).

Sebanyak 50 kes dikesan di wilayah yang dikenakan perintah sekatan pergerakan.

Sehingga 6 pagi Khamis, jumlah kes yang dilaporkan sebanyak 8,020, menyaksikan 6,450 kes dicatatkan sejak gelombang baharu bermula 27 April lalu. Sejak 29 April, seramai 3.29 juta orang telah menjalani ujian saringan  COVID-19. Sementara itu 16 wilayah yang terjejas dengan wabak tidak melaporkan kes baharu dalam tempoh 14 hari.  – Bernama