Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Vietnam catat pembelian online tertinggi di SEA

    HANOI, 18 JULAI – Vietnam mendahului negara Asia Tenggara (SEA) lain untuk pembelian dalam talian, dengan purata 104 pesanan setahun bagi setiap individu, menurut laporan baharu yang dikeluarkan oleh Ninja Van Group, sebuah syarikat e-logistik yang beroperasi di negara-negara SEA.

    Menurut laporan mengenai ‘e-dagang merentasi sempadan,’ 73 peratus responden tinjauan mengatakan mereka kerap membeli-belah di platform beli-belah e-dagang dan 59 peratus berkata mereka telah memesan atau banyak kali membuat pembelian di laman sesawang antarabangsa.

    Vietnam kini menyumbang 15 peratus daripada pasaran beli-belah dalam talian SEA, selepas Thailand dan Filipina masing-masing menyumbang sebanyak 16 peratus, lapor agensi berita Vietnam.

    Laporan itu menunjukkan bahawa rakyat Vietnam suka membeli-belah dalam talian dan mendahului rantau ini dalam banyak petunjuk.

    “Dengan penyelidikan strategik yang menunjukkan pembangunan industri e-dagang dan e-pos di SEA, kami percaya bahawa pasaran Vietnam adalah antara yang paling berpotensi berikutan pertumbuhannya yang mampan dan jelas dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Pengarah Jualan Ninja Van Vietnam, Phan Xuan Dung. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...