Saturday, August 20, 2022
23.2 C
Brunei

Vietnam gesa segerakan suntikan vaksin ke-3 dan ke-4

-

HANOI, 12 JULAI – Kementerian Kesihatan Vietnam menggesa agar suntikan vaksin COVID-19 dos ketiga dan keempat dipercepatkan, berikutan perkembangan terkini berkaitan varian BA.4 dan BA.5 di banyak negara Eropah.

Menurut kementerian meskipun wabak itu terkawal di seluruh negara, tetapi dua varian baharu itu dikesan dalam komuniti, lapor agensi berita Vietnam. 

Kementerian menjangkakan jumlah kes COVID-19 mungkin terus meningkat dan merebak secara besar-besaran pada masa akan datang sekiranya langkah drastik tidak diambil.

Berikutan itu, kementerian mencadangkan pengerusi Jawatankuasa Rakyat wilayah dan bandar memastikan arahan kerajaan dan perdana menteri serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak dilaksanakan dengan berkesan. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Yangtze susut, kemarau teruk landa China

CHONGQING, 19 OGOS – Sungai terbesar China, Yangtze menyusut teruk hari ini akibat kemarau musim panas terburuk di China dalam masa enam dekad sehingga...
- Advertisment -