HANOI, 9 Nov – Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc dan rakan sejawatan Kanada Justin Trudeau mencapai persetujuan di sini semalam untuk menubuh rangka kerja perkongsian menyeluruh di antara kedua-dua negara.
Kedua-dua pihak akan menyelaras isi kandungan dalam rangka kerja perkongsian komprehensif dalam politik, diplomasi, perdagangan, pelaburan, pembangunan, pendidikan, latihan, pertahanan negara, keselamatan, sains, teknologi dan bidang lain, kata kedua-dua perdana menteri pada taklimat media bersama selepas rundingan mereka.
Phuc mengesahkan Vietnam menghargai dan mahu melanjutkan hubungannya dengan Kanada.
Beliau meminta Kanada menawarkan bantuan pembangunan seterusnya, terutamanya untuk pembasmian kemiskinan, respon perubahan iklim, pertanian dan pertumbuhan mampan, dan sokongan Vietnam untuk pinjaman utama selepas 2017.

Trudeau berkata negaranya komited untuk menyokong Vietnam dalam respon perubahan iklim dan mempromosi pembangunan mampan menerusi pelaksanaan Agenda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pembangunan Mampan 2030.
Beliau berjanji akan mengembangkan dari segi pertukaran akademik menerusi penubuhan perkongsian dan program penukaran pelajar di antara institusi pendidikan kedua-dua negara. – Xinhua