Saturday, June 10, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Vietnam laksana perintah berkurung hadapi Taufan Noru

    HANOI, 27 SEPT – Vietnam mengenakan perintah berkurung dan memindahkan lebih 800,000 orang penduduknya ketika taufan kuat, yang membanjiri kawasan dan mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang di Filipina, menuju bahagian tengah Vietnam.

    Penduduk yang tinggal berhampiran pantai di mana Taufan Noru dijangka akan melintas awal hari ini telah diarahkan untuk berlindung, menurut siaran televisyen negara VTV. Selain itu sekolah juga turut ditutup dan acara awam dibatalkan.

    Di wilayah Da Nang dan Quang Nam, perintah berkurung akan berkuat kuasa mulai malam ini. Ia melarang penduduknya untuk keluar rumah kecuali mereka yang mempunyai urusan rasmi, menurut siaran televisyen itu.

    Penerbangan dari lima buah lapangan terbang telah dibatalkan dan perkhidmatan kereta api dihentikan sehingga taufan reda. Agensi cuaca berkata Taufan Noru membawa angin selaju 180 kilometer sejam (kmsj.

    Kematian akibat taufan di utara Filipina pada Ahad lalu termasuk lima anggota penyelamat yang lemas di bandar San Miguel di wilayah Bulacan selepas bot yang mereka naiki terbalik apabila ia terlanggar dinding yang runtuh, menghumban mereka ke sungai yang mengalir deras, menurut kenyataan polis.

    Hampir 80,000 orang penduduk telah dipindahkan ke tempat perlindungan kecemasan, sebilangannya secara paksa, di seluruh pulau Luzon, di mana kebanyakan kawasan perkampungan dibanjiri air. – AP

    Bandar San Miguel di Filipina yang ditenggelami air selepas dilanda Taufan Noru. Vietnam mengenakan perintah berkurung dan memindahkan lebih 800,000 orang penduduknya bagi menghadapi taufan itu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun semak semula undang-undang

    TOKYO, 9 JUN - Jepun meluluskan undang-undang imigresen yang membenarkan kerajaan menghantar pulang pencari suaka yang gagal, walaupun mendapat tentangan daripada parti pembangkang dan...
    - Advertisment -