Saturday, June 10, 2023
22.5 C
Brunei

    -

    Vietnam larang dagangan hidupan liar

    HANOI, 24 JULAI – Vietnam, salah sebuah daripada negara pengguna tertinggi produk hidupan liar, hari ini melarang semua dagangan spesies hidupan liar ‘hidup atau mati’ bagi membendung pandemik COVID-19 sekali gus berikrar untuk ‘menghapuskan’ pasaran haram haiwan liar di seluruh negara.

    Presiden Vietnam, Nguyen Xuan Phuc, mengeluarkan arahan larangan serta-merta perdagangan hidupan liar bagi mencegah risiko COVID-19 dan membendung sebarang pandemik lain.

    Arahan larangan itu membabitkan import haiwan liar hidup, produk hidupan liar, pengharaman pasar hidupan liar dan menguatkuasakan larangan pemburuan serta penjualan secara haram termasuk dalam talian.

    Vietnam ketika ini menjadi hab penting di benua Asia bagi penjualan produk hidupan liar terutama sisik tenggiling, gading gajah, sumbu badak, yang dipercayai mempunyai nilai perubatan oleh sektor rawatan tradisional. Kumpulan antipenyeludupan Freeland menyambut baik langkah itu sebagai kawalan paling tegas ke atas perdagangan hidupan liar semenjak pandemik tercetus. “Kami mengucapkan tahniah kepada Vietnam kerana mengiktiraf COVID-19 dan pandemik lain yang dikaitkan dengan perdagangan hidupan liar,” kata pengerusi kumpulan itu, Steven Glaster.

    “Perdagangan ini mesti diharamkan memandangkan ia penting bagi keselamatan kesihatan awam dan antarabangsa,” tambahnya.

    Asia Tenggara ketika ini dilaporkan mempunyai banyak pasar hidupan liar dan penjualan secara dalam talian juga melonjak apabila undang-undang sedia ada gagal tidak dikuatkuasakan sepenuhnya. Saintis percaya virus termasuk COVID-19, yang menjangkiti manusia itu berpunca daripada haiwan.

    Malah, dalam kes COVID-19, jangkitan terawal ditemui pada orang yang terdedah kepada pasar hidupan liar di Wuhan, wilayah Hubei di China, di mana kelawar, ular, musang dan lain-lain hidupan liar dijual secara terbuka. – AP/AFP

    Gambar fail pada 10 April tahun lalu menunjukkan pegawai rondaan sempadan menunjukkan kulit dan tulang harimau dirampas daripada suspek, Pham Van Hiep (dua kanan) di wilayah Quang Ninh, Vietnam. Negara itu melarang dagangan hidupan liar serta-merta, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea S sasar hubungan sihat dengan China

    SEOUL, 9 JUN - Penasihat keselamatan Korea Selatan, hari ini berkata negara itu berhasrat untuk mewujudkan hubungan sihat dengan China yang menekankan amalan saling...
    - Advertisment -