Tuesday, October 3, 2023
28.6 C
Brunei

    -

    Vietnam, Malaysia promosi dagangan kayu

    KUALA LUMPUR, 20 Jun – Industri perkayuan Vietnam dan Malaysia menandatangani satu Memorandum Kerjasama (MoC) yang akan membuka laluan kepada pengeluar kayu Vietnam dan Malaysia untuk mencipta peluang meningkatkan eksport dan import kelmarin.

    Menurut agensi berita Vietnam, VNA, MoC tersebut ditandatangani oleh Persatuan Pengeksport Kayu Malaysia (TEAM), Majlis Perabot Malaysia (MFC), Persatuan Kayu dan Hasil Hutan Vietnam (ViForest), Persatuan Perabot Binh Duong (BIFA), Persatuan Kraftangan dan Industri Kayu Dong Nai (DOWA) dan Persatuan Industri Kayu Ho Chi Minh City (HAWA).

    Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perkayuan Malaysia (MTC), Muhtar Suhaili berkata, Malaysia komited untuk terus membangunkan industri perkayuannya secara mampan.

    Malaysia boleh mendapat manfaat daripada pelaburan langsung asing (FDI) yang lebih tinggi dari Vietnam dalam pembuatan perabot dan akses ke pasaran Kesatuan Eropah menerusi perjanjian perdagangan bebas Vietnam, lapor VNA memetik Muhtar. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Angka kematian denggi melebihi 1,000 di Bangladesh

    DHAKA, 2 OKT - Lebih 1,000 orang di Bangladesh telah meninggal dunia akibat demam denggi sejak awal tahun ini, menurut angka rasmi, yang menunjukkan...