Vietnam mula vaksinasi remaja

HANOI, 15 OKT – Vietnam akan memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun bermula Oktober, menurut Kementerian Kesihatan negara ini. 

Kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan provinsi dan bandar-bandar diminta untuk memberi keutamaan kepada mereka yang berusia 16 hingga 17 tahun terlebih dahulu.

Agensi Berita Vietnam melaporkan inokulasi akan dilakukan berdasarkan bekalan vaksin dan situasi pandemik di setiap lokaliti. 

Menurut kementerian, setiap orang akan disuntik dengan dua dos vaksin yang sama.

Pada 11 Okt, lebih 55 juta dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada mereka berusia 18 tahun. – Bernama