Vietnam mulakan tahun persekolahan baharu

HANOI, 5 SEPT – Lebih dua pertiga kawasan daripada 63 buah wilayah Vietnam telah memulakan tahun persekolahan baharu mereka hari ini di tengah-tengah gelombang terburuk jangkitan COVID-19, lapor Agensi Berita Vietnam.

Majlis pembukaan sekolah diringkaskan disebabkan sekatan COVID-19, ketika 20 buah kawasan terpaksa mengumpulkan para pelajar secara online bagi majlis tersebut.

Terdapat 13 lagi kawasan memilih untuk menangguhkan acara ‘balik ke sekolah’ itu sementara enam lagi, termasuk kawasan panas COVID-19 ketika ini, Bandar Ho Chi Minh di selatan Vietnam, membatalkan acara itu, lapor agensi berita.

Vietnam telah bergelut memerangi gelombang terburuk jangkitan COVID-19 sejak lewat April dengan lebih 500,000 kes dan 12,700 kematian direkodkan pada Sabtu, menurut Kementerian Kesihatan negara itu. – Xinhua