Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Vietnam perketat langkah cegah HFMD

    HANOI, 7 JUN – Vietnam telah meningkatkan langkah-langkah pencegahan untuk penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), selepas negara itu mencatat kira-kira 9,000 kes dan tiga kematian, lapor Xinhua memetik Vietnam News pada hari ini.

    HFMD sering menjangkiti bayi dan kanak-kanak yang menyebabkan demam dan ruam dengan lepuh di tangan, kaki serta luka di dalam mulut.

    Kes yang teruk berkait rapat dengan enterovirus 71 atau EV71 yang boleh menyebabkan meningitis virus atau poliomielitis, menurut Kementerian Kesihatan Vietnam.

    Kementerian telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk berkoordinasi secara proaktif dengan sektor kesihatan untuk mengambil inisiatif pencegahan dan kawalan penyakit, mengurangkan bilangan kes dan kematian serta mencegah penularan HFMD.

    Kerajaan tempatan juga telah diminta untuk memantau rapat perkembangan penyakit itu, di samping  mengesan dan menangani dengan segera wabak yang berlaku.

    Langkah-langkah pencegahan lain yang turut diambil, termasuk meningkatkan kesedaran awam mengenai keperluan mencuci tangan dengan kerap dan membersihkan kawasan yang tercemar. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kanada tegaskan perlu ‘kehadiran diplomatik kuat’ di India

    NEW DELHI, 4 OKT - Kanada kelmarin menegaskan keperluan untuk mempunyai kehadiran diplomatik yang kukuh di India selepas muncul laporan bahawa kerajaan India mahu...