Wednesday, November 6, 2024
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam peroleh AS$7.16 bilion eksport perikanan dalam 9 bulan

    HANOI, 4 OKT – Vietnam mengeksport produk perikanan bernilai AS$7.16 bilion dari Januari hingga September, meningkat 8.5 peratus tahun ke tahun, menurut media tempatan yang memetik Persatuan Pengeksport dan Pengeluar Makanan Laut Vietnam.

    Udang mencatat nilai eksport tertinggi dengan AS$2.8 bilion, meningkat 10.5 peratus tahun ke tahun, manakala eksport ikan tra meningkat 8 peratus kepada AS$1.46 bilion dalam tempoh yang dinyatakan.

    Eksport tuna, yang kukuh pada awal tahun, mula menjadi perlahan sejak Ogos disebabkan kekurangan bahan mentah, namun masih meningkat 16 peratus kepada AS$715 juta dalam tempoh sembilan bulan.

    Sementara itu, eksport sotong dan sotong kurita mencatat penurunan kecil sebanyak 2.7 peratus kepada AS$464 juta.

    Persatuan tersebut meramalkan hasil eksport produk perikanan Vietnam akan mencecah AS$9.5 bilion menjelang akhir tahun ini dengan eksport udang dijangka menjana hampir AS$4 bilion, ikan tra AS$2 bilion dan tuna hampir AS$1 bilion. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda