Vietnam rangkul AFF Suzuki

HANOI, 16 Dis – Jaringan awal Nguyen Anh Duc membantu Vietnam menewaskan Malaysia 1-0 di Stadium My Dinh bagi merangkul Piala AFF Suzuki semalam.

Vietnam berjaya meraih dua gol dalam perlawanan pertama di Kuala Lumpur yang berakhir dengan keputusan 2-2 tetapi Anh Duc membantu Vietnam meraih kelebihan apabila rembatan volinya menewaskan penjaga gol Malaysia pada minit ke-6.

Penjaga gol Vietnam Dang Van Lam berjaya menyelamatkan beberapa cubaan bagi mengekalkan kelebihan selepas Vietnam mencatat kemenangan 3-2 menerusi jaringan agregat dan merangkul gelaran itu buat pertama kali sejak 2008.

Sumareh hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-11 apabila cubaannya sedikit tersasar sementara Do Hung Dung sepatutnya tidak mensia-siakan peluang pada minit ke-33 selepas menerima bola tanpa dijaga tetapi rembatannya melepasi gawang.

Van Lam sekali lagi bergelut untuk menyelamatkan rembatan kencang Syahmi Safari sebelum babak pertama tamat dan dia sekali lagi menepis tandukan Sumareh sejurus separuh masa kedua bermula sebelum menghadang sempakan percuma Safawi Rashid. – AFP