Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Vietnam rasmi jambatan kaca terpanjang

    VIETNAM, 29 APRIL – Vietnam melancarkan satu lagi tarikan baharu buat pelancong dengan merasmikan jambatan kaca tergantung 160 meter dari atas hutan yang subur.

    Jambatan pejalan kaki The Bach Long – nama yang diterjemahkan kepada ‘naga putih’ di barat laut wilayah Son La menampilkan laluan berliku-liku di sekitar tebing dan merentangi antara dua puncak lembah, yang beukuran 632 meter panjang,

    Lantai jambatan diperbuat daripada kaca tempered buatan Perancis, menjadikannya cukup kukuh untuk menampung sehingga 450 orang pada satu-satu masa, sambil menghidangkan pemandangan kehijauan yang luar biasa banjaran gaung.

    “Apabila berdiri di atas jambatan, pengembara boleh menikmati keindahan alam,” kata Hoang Manh Duy, wakil pengendali jambatan.

    Syarikat berkata ia adalah jambatan lantai kaca terpanjang di dunia, mengalahkan struktur berukuran 526 meter di Guangdong, China.

    Pegawai dari Guinness World Records dijangka akan mengesahkan dakwaan tersebut bulan hadapan.

    Ketua pelancongan Vietnam cuba menarik kembali pengunjung selepas dua tahun ditutup ekoran penularan COVID yang menghalang kemasukan pelancong luar.

    Pada pertengahan Mac, negara itu menamatkan tempoh kuarantin bagi pengunjung antarabangsa dan menyambung semula perjalanan bebas visa 15 hari bagi rakyat dari 13 buah negara.

    Vietnam bakal menjadi tuan rumah kepada Sukan Asia Tenggara (SEA GAMES) dalam masa dua minggu lagi – dengan lebih 10,000 atlet dan kakitangan sukan dari negara rantau itu akan berada di sana. – AFP

    Seorang pengunjung cilik merangkak pada jambatan kaca Bac Long di daerah Moc Chau di wilayah Son La Vietnam pada 29 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...