Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Vietnam rekod lebih 300,000 kes denggi, 122 kematian tahun ini

    HANOI, 8 DIS – Vietnam telah mengesan 325,604 kes demam denggi setakat ini tahun ini, termasuk 122 kematian, menurut kementerian kesihatan negara itu.

    Jumlah jangkitan itu meningkat hampir lima kali ganda dan jumlah kematian meningkat sebanyak 97 kes berbanding tempoh sama tahun lalu.

    Antara Januari dan November, negara itu juga melaporkan 269 kes jangkitan virus encephalitis termasuk lima kematian, dan 62,400 kes penyakit tangan, kaki dan mulut, menurut Jabatan Kesihatan Pencegahan negara itu, hari ini.

    Seramai 601 orang di negara itu, mengalami keracunan makanan, dengan 14 daripadanya meninggal dunia. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...