HANOI, 30 JUN – Vietnam menyaksikan hampir 602,000 ketibaan antarabangsa dalam enam bulan pertama tahun ini, peningkatan tujuh kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu, susulan pembukaan semula aktiviti pelancongan dan penyambungan penerbangan antarabangsa, menurut Pejabat Statistik Umum hari ini.
Jumlah itu, bagaimanapun, masih menjunam 92.9 peratus Aberbanding tempoh sama pada 2019, tempoh pra-pandemik, menurut pejabat itu.
Pada separuh pertama 2022, pengunjung yang memasuki negara itu menerusi udara merangkumi 87 peratus daripada jumlah ketibaan.
Dalam tempoh enam bulan itu, lebih 392,000 pengunjung asing ke Vietnam adalah dari Asia, lima kali ganda lebih tinggi berbanding separuh pertama 2021.
Jumlah pelancong dari Eropah, Amerika dan Oceania juga menyaksikan peningkatan kira-kira 14 kali ganda, 33 kali ganda dan 46 kali ganda masing-masing bagi tempoh sama tahun lalu. – Xinhua